Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Generasi muda Spaoh digesa rebut peluang ekonomi baharu
  • SEMASA

Generasi muda Spaoh digesa rebut peluang ekonomi baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Warga Spaoh (Kuching) yang diadakan di Kompleks UNIFOR di sini, malam ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Generasi muda di Spaoh digesa supaya segera meneroka aktiviti ekonomi baharu berasaskan pelancongan serta produk tempatan menjelang pelaksanaan beberapa projek pembangunan utama di kawasan itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peluang tersebut perlu direbut lebih awal agar penduduk tempatan tidak ketinggalan apabila pembangunan pesat mula berlaku.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Warga Spaoh (Kuching) yang diadakan di Kompleks UNIFOR di sini, malam ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Menurutnya, beberapa projek infrastruktur yang sedang dirancang dan dilaksanakan dijangka membuka ruang lebih luas kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta kemasukan lebih ramai pelawat ke kawasan berkenaan.

Antara projek utama yang bakal memberi impak besar ialah pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Bebuling, jalan baharu Sri Aman–Betong serta Jambatan Sungai Paku.

Uggah berkata, kemudahan infrastruktur tersebut akan memperkukuh jaringan perhubungan dan sekali gus meningkatkan potensi Spaoh sebagai destinasi ekonomi serta pelancongan baharu di kawasan pedalaman Sarawak.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Warga Spaoh (Kuching) yang diadakan di Kompleks UNIFOR di sini, malam ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Sehubungan itu katanya, golongan muda tidak seharusnya hanya menjadi pemerhati kepada arus pembangunan, sebaliknya perlu bersedia mencipta sumber pendapatan baharu.

Beliau berkata, antara peluang yang boleh diteroka termasuk perusahaan pelancongan, penyediaan makanan tempatan, penghasilan kraftangan, perkhidmatan inap desa serta produk berkaitan budaya dan warisan tempatan.

“Anak-anak muda Spaoh perlu mula melihat peluang ekonomi baharu yang boleh dibangunkan selari dengan tarikan produk pelancongan, terutama dengan perancangan membangunkan resort di Bukit Sadok.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Warga Spaoh (Kuching) yang diadakan di Kompleks UNIFOR di sini, malam ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

“Ini masanya untuk mereka bersedia, berfikir ke hadapan dan mengambil bahagian dalam perubahan ekonomi di kawasan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Warga Spaoh (Kuching) yang diadakan di Kompleks UNIFOR di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut menggalakkan masyarakat Cina di Spaoh agar terus memainkan peranan aktif dalam aktiviti ekonomi yang dijangka berkembang susulan siapnya projek-projek strategik tersebut.

Menurutnya lagi, majlis daerah juga merancang membangunkan lebih banyak rumah mampu milik, manakala Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) berhasrat menambah pembinaan lot kedai bagi memperluas peluang perniagaan tempatan.

Turut hadir, Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu dan isteri Datin Lucy Mary Johnson, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong Sabai serta Ketua Wanita PBB N.37 Bukit Saban Natasha Nasa Douglas.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan
Next: Profesor Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia pada usia 94 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.