Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia Trek UCI: Azizulhasni sambar gangsa acara pecut
  • SUKAN

Piala Dunia Trek UCI: Azizulhasni sambar gangsa acara pecut

Utusan Sarawak 1 day ago
MOHD Azizulhasni Awang menewaskan pelumba Israel Mikhail Yakovlev untuk meraih pingat gangsa acara pecut individu pada UCI Track Cycling World Cup di Perth.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menutup kempennya di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia dengan meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Speed Dome, pelumba yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Ini merupakan pingat kedua pelumba berusia 38 tahun itu selepas meraih emas dalam acara keirin semalam.

Terdahulu, hasrat Mohd Azizulhasni untuk mara ke final acara pecut individu tidak kesampaian apabila tumpas kepada pelumba Britain, Matthew Richardson 2-0 pada aksi separuh akhir.

Richardson kemudiannya dinobatkan juara acara itu selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas pelumba Australia Leigh Hoffman pada aksi final. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Penggantungan Palmero sudah dijangka, risiko diambil kira – Fazzrudin
Next: Aaron-Wooi Yik gagal akhiri kemarau 19 tahun beregu Malaysia di All England

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.