Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Shopping Raya’ ceria 250 anak asnaf sambil raikan Hari Wanita
  • TEMPATAN

‘Shopping Raya’ ceria 250 anak asnaf sambil raikan Hari Wanita

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri (tengah, berdiri), bersama Awang Al Muayyad Awang Mulanna antara yang diraikan pada Program Shopping Raya Pekema Sarawak di sebuah pusat membeli-belah di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Seramai 250 anak-anak asnaf dan anak yatim diraikan menerusi Program ‘Shopping Raya’ anjuran PEKEMA Sarawak dengan setiap penerima menerima baucar membeli-belah bernilai RM240 bagi memilih sendiri kelengkapan Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata program tersebut bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri golongan berkenaan selain memberi peluang kepada mereka memilih sendiri pakaian atau keperluan raya.

Beliau berkata sebahagian penerima dikenal pasti melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pendekatan Shopping Raya seperti ini amat bermakna kerana anak-anak bukan sahaja menerima bantuan, malah berpeluang memilih sendiri pakaian atau keperluan raya mereka.

“Pengalaman kecil seperti ini pastinya membawa kegembiraan dan menceriakan mereka dalam menyambut Syawal yang bakal tiba,” katanya.

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri rakam kenangan bersama sebahagian anak-anak asnaf dan anak yatim pada Program Shopping Raya Pekema Sarawak di sebuah pusat membeli-belah di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Shopping Raya Pekema Sarawak Bersama Anak-Anak Asnaf dan Anak Yatim di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 100 penerima diraikan hari ini dengan 50 kanak-kanak menyertai sesi pada sebelah pagi manakala 50 lagi pada sebelah petang, sementara baki 150 penerima akan diraikan pada hari lain.

Dalam pada itu, bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, beliau turut memaklumkan bahawa sambutan rasmi akan diadakan di MITEC pada 10 Mac dan dilancarkan oleh Perdana Menteri.

“Sambutan itu menampilkan penghargaan kepada ikon wanita, NGO yang bekerja demi wanita serta syarikat yang memberi perhatian kepada wanita, selain beberapa inisiatif untuk membantu wanita mendapatkan ilmu dan bantuan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Agihan kerusi PRN Sarawak perlu adil, ambil kira kepelbagaian kaum – Nancy
Next: Kasih sayang asas kekuatan masyarakat – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.