Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peniaga Pasar Ramadan Batu Niah perlu kekalkan kebersihan
  • Utara
  • WILAYAH

Peniaga Pasar Ramadan Batu Niah perlu kekalkan kebersihan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey menyerahkan sumbangan peruntukkan sebanyak RM137,000, untuk bayaran Van Jenazah di Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat.

BATU NIAH: Para peniaga di Pasar Ramadan Batu Niah digesa sentiasa menjaga kebersihan gerai bagi memastikan suasana perniagaan lebih selesa dan menarik perhatian pengunjung.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, kebersihan gerai bukan sahaja mencerminkan tahap profesionalisme peniaga, malah mampu meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap makanan yang dijual.

“Gerai bersih dan teratur, pengunjung akan berasa lebih selesa untuk membeli. Ini sekali gus membantu peniaga menarik lebih ramai pelanggan sepanjang Ramadan,” katanya.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika menghadiri program Jom Berambeh Sungkei yang diadakan di Pasar Ramadan Batu Niah, malam tadi.

Pada program itu, Datuk Rosey turut menyerahkan peruntukkan sebanyak RM137,000, untuk bayaran Van Jenazah di Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat.

Hadir sama Ketua Masyarakat Kaum Cina Batu Niah, Penghulu Pui Kuan Phen.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PMR tingkat kemudahan jalan luar bandar
Next:
Banjir di Limbang beransur pulih, banyak jalan boleh dilalui semua kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.