Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 180 kanak-kanak, warga emas, OKU terima sumbangan Aidilfitri KPWKM 
  • TEMPATAN

180 kanak-kanak, warga emas, OKU terima sumbangan Aidilfitri KPWKM 

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Ramah Mesra Ramadan Bersama Kumpulan Sasar anjuran KPWKM di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Seramai 180 penerima daripada kumpulan sasar termasuk kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf dan anak yatim menerima sumbangan sempena Aidilfitri daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri pada Majlis Ramah Mesra Ramadan Bersama Kumpulan Sasar yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berucap pada Majlis Ramah Mesra Ramadan Bersama Kumpulan Sasar anjuran KPWKM di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa 

Menurut Nancy, program berkenaan dianjurkan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan selain mengeratkan hubungan serta menyemai semangat kebersamaan dalam masyarakat sepanjang Ramadan.

“Ramadan merupakan waktu yang amat bermakna untuk mengingatkan semua pihak tentang kepentingan sikap empati serta tanggungjawab bersama dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Ramadan mengajar kita memahami kesusahan orang lain dan menghargai nilai pengorbanan dalam kehidupan.

“Pada masa yang sama, ia juga mengingatkan kita tentang kepentingan nilai kemanusiaan seperti kasih sayang, saling menghormati dan hidup dalam suasana harmoni,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau itu turut merakamkan penghargaan kepada para petugas, penjaga serta semua pihak yang memainkan peranan dalam menjaga kebajikan penghuni institusi di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata usaha dan komitmen mereka dalam memastikan kebajikan golongan berkenaan sentiasa terpelihara amat dihargai dan diharap menjadi amalan kebajikan yang berterusan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiada rumah terbuka Hari Raya tahun ini, Abang Johari mohon maaf
Next: Tun Wan Junaidi, Abang Johari hadiri sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.