Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dr Sim teruskan tradisi keluarga tandatangan kad Aidilfitri secara manual
  • TEMPATAN

Dr Sim teruskan tradisi keluarga tandatangan kad Aidilfitri secara manual

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian menandatangani kad Aidilfitri.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian meneruskan satu tradisi keluarga yang bermakna pada Ramadan ini dengan menandatangani sendiri ribuan kad ucapan Aidilfitri.

Dr Sim berkata, Ramadan kini hampir memasuki separuh perjalanan, beliau mengambil kesempatan pada waktu lapang untuk menyiapkan tandatangan secara manual pada kad ucapan perayaan tersebut, meneruskan amalan yang dimulakan oleh mendiang bapanya, TDDA Sim Kheng Hong.

“Saya menandatangani kad Aidilfitri ini setiap kali ada masa terluang sepanjang Ramadan. Ia adalah tradisi yang dimulakan oleh mendiang bapa saya yang menandatangani setiap kad yang dihantar menggunakan pen dakwat,” katanya.

Walaupun mengekalkan semangat yang sama, Dr Sim mengakui beliau melakukan sedikit penyesuaian moden dalam proses itu.

“Bapa saya menggunakan pen dakwat, tetapi saya memodenkan sedikit dengan menggunakan pen bole gel. Ia menjimatkan masa dan mengelakkan dakwat tertumpah, namun nilai keluarga di sebalik tradisi ini tetap sama,” tambahnya.

Menurut beliau, setiap tahun beliau biasanya menghantar lebih 5,000 kad ucapan Aidilfitri kepada rakan serta kenalan di seluruh Sarawak dan juga di luar negeri.

Mereka yang ingin menerima kad ucapan perayaan daripadanya boleh mengisi maklumat termasuk bandar tempat tinggal melalui borang dalam talian yang dikongsikan Dr Sim di pautan https://forms.gle/QdMkhrrbS1vQJMjj6⁠.

“Kebiasaannya kami menghantar 5,000 atau lebih kad. Jika anda ingin menerima kad Aidilfitri daripada saya, sila isi maklumat termasuk bandar anda melalui pautan yang disediakan,” katanya.

Usaha ceria ini menjadi satu cara mesra bagi Dr Sim berhubung dengan masyarakat sempena musim perayaan sambil mengekalkan tradisi keluarga yang mencerminkan warisan keluarga serta semangat Aidilfitri.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesawat tentera udara India alami nahas di negeri Assam, India
Next: Vivy Yusof, suami dapat sementara passport buat visa tunai haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.