Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Miri tahan suspek curi tabung derma pusat ibadat
  • JENAYAH

Polis Miri tahan suspek curi tabung derma pusat ibadat

Utusan Sarawak 12 hours ago
TAHAN… Seorang lelaki tempatan yang disyaki mencuri wang daripada tabung derma sebuah pusat ibadat di kawasan Piasau.

MIRI: Polis Daerah Miri menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun kerana disyaki mencuri wang daripada tabung derma di sebuah pusat ibadat di kawasan Piasau.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri hari ini, kejadian dipercayai berlaku pada 2 Mac sekitar 9.03 malam dan perbuatan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Susulan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri berjaya menahan suspek serta merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, polis memandang serius jenayah melibatkan rumah atau pusat ibadat kerana boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Miri di talian 085-432533 atau balai polis berhampiran.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Demak, Lundu
Next: 10 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.