Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Infak Pakaian Al Bait Lawas bantu 300 keluarga
  • Utara
  • WILAYAH

Projek Infak Pakaian Al Bait Lawas bantu 300 keluarga

Utusan Sarawak 12 hours ago
INFAK YKAB… Nor Nadiah bersama dua penerima sumbangan baju Hari Raya daripada YKAB.

LAWAS: Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad (KOOPBAIT) telah mengadakan Projek Infak Pakaian Al Bait Daerah Lawas pada 28 Februari hingga 2 Mac 2026 bermula pada 9.30 pagi hingga 3.30 petang di Pejabat Perhubungan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Lawas.

Ketua Bahagian TBS Limbang, Nor Nadiah Abas, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kira-kira 10,000 helai pakaian telah diagihkan kepada lebih 300 keluarga di sekitar Daerah Lawas sepanjang tiga hari projek tersebut berlangsung.

TERIMA KASIH... Nor Nadiah bersama penerima sumbangan pakaian baharu.  

Projek ini merupakan kerjasama kali ketiga antara YKAB dan TBS Daerah Lawas dalam 
usaha mengagihkan pakaian baharu hasil sumbangan orang ramai kepada golongan masyarakat yang memerlukan di Daerah Lawas.

 Projek Infak Baju Raya Al Bait mula dilaksanakan sejak Ramadan 2023 di Kuching, Sarawak dan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat umum di seluruh Wilayah Sarawak khususnya di Kuching, Sibu dan Miri.

“Oleh kerana maklum balas positif ini, projek tersebut diperluaskan ke pelbagai bahagian lain di seluruh wilayah Sarawak. Sejak pelancarannya, projek ini telah berjaya mengagihkan lebih 78,000 pasang pakaian kepada kira-kira 8,200 penerima di seluruh wilayah Sarawak,” katanya.

Projek  YKAB ini turut dibantu oleh masyarakat umum yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB).

YKAB turut mengalu-alukan penyertaan masyarakat sebagai Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al  Bait (SYKAB) untuk bersama-sama menjayakan program yang dianjurkan. 

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui talian 011-1667 8233 (Wirrmeezy).

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Waris pesakit lelaki Tan Kia Fong dicari di Miri
Next: Pesakit dirawat di wad pembedahan, Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.