Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Piala Aidilfitri Liga Sembilan Sebelah Maludam, rebut hadiah RM2,000 bergelar juara
  • Tengah
  • WILAYAH

Piala Aidilfitri Liga Sembilan Sebelah Maludam, rebut hadiah RM2,000 bergelar juara

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEJOHANAN Piala Aidilfitri Liga Sembilan Sebelah anjuran ADUN N28 Lingga dan P201 Batang Lupar.

MALUDAM: Bahang sambutan Aidilfitri tahun ini diserikan dengan penganjuran Kejohanan Piala Aidilfitri Liga Sembilan Sebelah anjuran ADUN N28 Lingga dan P201 Batang Lupar yang dijadual berlangsung pada 24 Mac ini di Padang Bola Sepak Kampung Hulu Maludam.

Kejohanan yang menghimpunkan 16 pasukan itu dijangka menjadi platform terbaik mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia serta komuniti setempat menerusi semangat kesukanan dan persaingan sihat.

Dengan konsep liga sembilan sebelah, pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada pemenang. Juara bakal membawa pulang RM2,000 berserta trofi dan pingat, manakala naib juara menerima RM1,000.

Tempat ketiga pula akan menerima RM500, sementara tempat keempat membawa pulang RM300.

Turut disediakan anugerah khas Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak yang masing-masing bernilai RM100.

Penganjur turut menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM250 bagi setiap pasukan, termasuk bayaran tempahan slot sebanyak RM100.

Penyertaan adalah terhad kepada 16 pasukan sahaja dan dijangka mendapat sambutan hangat.

Sesi cabutan undi akan diadakan lebih awal pada 23 Mac (Isnin) di Astaka Padang Bola Sepak Kampung Hulu Maludam bagi menentukan kedudukan kumpulan dan jadual perlawanan.

Menurut penganjur, kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak, malah menjadi medan menyemarakkan semangat perpaduan sempena Syawal.

“Inisiatif ini diharap dapat memberi ruang kepada golongan muda menonjolkan bakat, selain mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat dan bermanfaat,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai kejohanan ini boleh menghubungi Asri Sulaiman di talian 011-17878103, Mohamad Khalid (014-3659323) atau Nurul Ashida (013-4117172) untuk tempahan slot dan pertanyaan lanjut.

Penganjuran Piala Aidilfitri ini dilihat mampu menjadi acara tahunan yang bukan sahaja merancakkan aktiviti sukan tempatan, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pertandingan Pintu Gerbang dan Mandung 2026 semarakkan malam 7 likur DUN Kabong
Next: Petronas sumbang 250 bakul makanan sempena Aidilfitri di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.