Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif parkir pintar tingkat kecekapan pengurusan bandar
  • Selatan
  • WILAYAH

Inisiatif parkir pintar tingkat kecekapan pengurusan bandar

Utusan Sarawak 8 hours ago
AMANAT..Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SNS Network (M) Sdn Bhd dan Pay and Go Sdn Bhd, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: SNS Network (M) Sdn Bhd dan Pay and Go Sdn Bhd hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik dalam penyediaan penyelesaian parkir pintar bersepadu, sekali gus menyokong agenda bandar pintar Sarawak.

MoU tersebut menandakan langkah penting ke arah transformasi mobiliti bandar serta pengukuhan ekosistem digital negeri, selaras dengan hala tuju pembangunan Sarawak dalam fasa kedua Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030  (PCDS 2030).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menyifatkan kerjasama strategik itu sebagai pendekatan progresif ke arah pengurusan bandar yang lebih cekap, telus dan berdaya saing.

Menurut beliau, pelaksanaan sistem parkir pintar bukan sahaja meningkatkan pengalaman pengguna, malah membantu pihak berkuasa dalam aspek pemantauan, perancangan trafik serta pengurusan hasil secara lebih sistematik.

TANDATANGAN…Datuk Wee Hong Seng menyaksikan Pengarah Eksekutif SNS Network, Kelvin Pah (duduk, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pay and Go, Eddie Wee (duduk, kiri) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SNS Network (M) Sdn Bhd dan Pay and Go Sdn Bhd, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

“Inisiatif sebegini mencerminkan komitmen untuk memanfaatkan teknologi digital dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bandar serta keselesaan rakyat. Kerjasama antara syarikat swasta berwibawa seperti SNS Network dan Pay and Go diyakini mampu mempercepatkan pelaksanaan agenda bandar pintar di Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran SNS Network dalam infrastruktur dan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) dengan kelebihan Pay and Go dalam pembangunan perisian dan penyelesaian pembayaran digital, bagi membangunkan ekosistem parkir yang lancar, berskala dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.

Di bawah perjanjian tersebut, SNS Network akan menyediakan tulang belakang perkakasan termasuk pelayan, peralatan rangkaian dan sokongan teknikal, sekali gus menjadi asas kepada pembangunan perkhidmatan berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT) pada masa hadapan.

Sementara itu, Pay and Go akan membekalkan platform perisian, aplikasi mudah alih serta gerbang pembayaran yang selamat dan mesra pengguna. Integrasi kedua-dua keupayaan ini dijangka menghasilkan penyelesaian parkir pintar yang mudah digunakan, mematuhi piawaian peraturan serta mampan untuk jangka panjang.

PENGARAH Eksekutif SNS Network, Kelvin Pah (tiga, kanan) dan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pay and Go, Eddie Wee (tiga, kiri) bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SNS Network (M) Sdn Bhd dan Pay and Go Sdn Bhd, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

Kerjasama ini turut merangkumi pelaksanaan secara berperingkat serta peluasan kepada perkhidmatan bandar pintar lain, termasuk pembayaran digital dan penyelesaian berasaskan IoT, selain kerjasama pemasaran dan penjenamaan bagi memastikan komunikasi yang jelas serta penglibatan awam yang berkesan.

MoU berkenaan mencerminkan komitmen bersama kedua-dua syarikat dalam menyumbang kepada peningkatan mobiliti bandar, kecekapan perkhidmatan serta agenda transformasi digital jangka panjang Sarawak. Walaupun bersifat tidak mengikat, ia menegaskan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan inovasi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutif SNS Network, Kelvin Pah; Pengerusi Pay and Go Solutions Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pay and Go, Eddie Wee; serta barisan pengurusan kanan kedua-dua syarikat.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Masyarakat Cina anak Sarawak perlu pegang wasiat Tok Nan untuk terus jaga Sarawak
Next: Dewan Kampung Buangsiul siap dinaiktaraf dengan kos RM600 ribu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.