Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • BMW musnah dalam kebakaran di Piasau
  • KEBAKARAN

BMW musnah dalam kebakaran di Piasau

Utusan Sarawak 8 hours ago
MUSNAH… Sebuah kereta mewah jenis BMW musnah terbakar dalam kejadian di Piasau, Miri, semalam. Foto BBP Miri.

MIRI: Sebuah kereta mewah jenis BMW musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kawasan premis di Piasau, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.15 malam sebelum sepasukan anggota dari BBP Miri digerakkan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jm 11.22 malam dan mendapati sebuah kereta jenis BMW telah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula bersama satu nozel serta satu aliran 100 kaki dengan penggunaan buih dan air dari jentera,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.15 tengah malam.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah teres musnah 70 peratus dalam kebakaran di Kidurong Hill

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.