KUALA LUMPUR: Bermula sema-lam, ini hingga 20 Oktober depan, sekatan perjalanan keluar dari Sabah akan dikuatkuasakan berikutan pe- ningkatan kes Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).
Beliau berkata, sekatan perjalanan itu meliputi perjalanan dari Sa- bah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
“Bagaimanapun, terdapat penge- cualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, per- khidmatan perlu dan lain-lain, yang perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mereka yang telah mendapat kebenaran, perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM seti-banya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya, dalam kenyataan harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) di sini, semalam.
Jelasnya bagi pergerakan masuk ke negeri itu pula, kebenaran akan diberikan kepada beberapa kategori iaitu rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H dan pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia, yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
Selain itu, kebenaran turut diberikan kepada pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh dan pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.
Turut dibenarkan, pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk, dalam pasport.
Katanya, bagi anggota perkhid-matan awam persekutuan yang berkhidmat di Sabah, mereka perlu mendapatkan cop Seksyen 66 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di Pejabat Imigresen Sabah, setelah masuk ke negeri itu.
Mereka yang ingin memasuki negeri itu perlu membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan dan perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM, setibanya di pintu masuk destinasi ma-sing-masing.
Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Sabah di talian 088-369434.
Sementara itu, Ismail Sabri ber- kata, semalam seramai 363 indivi- du ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Daripada jumlah itu, seramai 307 individu telah dikompaun manakala 56 direman. Antara ke- salahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka seramai 144 individu, gagal menyediakan peralatan dan rekod butiran diri 129 individu, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal seramai 53 orang,” katanya.
Pada masa yang sama, katanya, seramai 151 pendatang tanpa izin dan seorang tekong, berjaya ditahan dalam Operasi Benteng selain lima kenderaan darat turut berjaya dirampas hasil 133 sekatan jalan raya yang diadakan.— Bernama