Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pos Malaysia edar dua juta buku tulis kitar semula, perkukuh pendidikan B40
  • PENDIDIKAN

Pos Malaysia edar dua juta buku tulis kitar semula, perkukuh pendidikan B40

Utusan Sarawak 5 hours ago
POS Malaysia mengedarkan buku tulis kitar semula kepada pelajar B40 dalam usaha memperkukuh akses pendidikan dan amalan kelestarian. Foto Pos Malaysia

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad terus memperkukuh komitmennya terhadap pendidikan dan kelestarian alam sekitar dengan mengedarkan lebih dua juta buku tulis kitar semula kepada lebih 200,000 pelajar B40 di 4,120 sekolah seluruh negara.

Menurut kenyataan syarikat itu, program ‘Dua Juta Buku Tulis Kitar Semula: Memacu Pendidikan Lestar’ yang dilaksanakan bersama Perbadanan Kota Buku bertujuan memastikan akses lebih baik kepada bahan pembelajaran asas di samping menggalakkan amalan lestari.

Ketua Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia Fiona Liao berkata, fasa kedua program itu bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga dengan penjimatan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta, malah menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar dengan mengelakkan kehilangan 2,832 batang pokok melalui penggunaan bahan kitar semula.

“Matlamat kami adalah ringkas tetapi penuh makna. Kami komited untuk membina kepercayaan dalam menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa depan yang cemerlang. Dengan rangkaian menyeluruh serta pasukan yang berdedikasi, kami akan terus memacu perubahan positif yang membawa makna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Melalui unit Pos Care, Pos Malaysia menyelaras penghantaran terus ke sekolah yang mempunyai populasi pelajar B40 yang tinggi, dengan keutamaan kepada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Setiap sekolah menerima dua kotak mengandungi 400 buku tulis, dengan penghantaran bermula dan selesai pada Januari lepas.

Pos Malaysia berkata inisiatif yang diterajui oleh Kota Buku di bawah Kementerian Pendidikan itu membantu merapatkan jurang pendidikan keluarga B40 dengan menyediakan buku tulis kitar semula, menjadikan bahan terbuang sebagai sumber berharga bagi pelajar yang memerlukannya.

“Dengan Pos Malaysia mengendalikan keseluruhan proses logistik program ini daripada penyelarasan sehingga penghantaran tepat pada masa, inisiatif ini menzahirkan komitmen menyeluruh syarikat untuk memperkasakan komuniti sambil mengamalkan kelestarian dalam setiap aspek operasinya.

“Pos Malaysia dan Kota Buku terus memperkukuh akses kepada pendidikan serta mempromosikan masa depan yang lebih lestari dan saksama untuk pelajar di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

– Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Penyediaan infrastruktur TVET ambil kira pelbagai faktor
Next: KPM perkukuh pendigitalan pendidikan menerusi program Jaulah Ramadan Komuniti KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.