Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar lelaki ditahan miliki dadah di Serian
  • JENAYAH

Pelajar lelaki ditahan miliki dadah di Serian

Utusan Sarawak 4 hours ago
DADAH yang dirampas daripada pelajar berusia 20 tahun di Serian pagi tadi. Foto IPD Serian

SERIAN: Pelajar lelaki berusia 20 tahun ditahan awal pagi tadi kerana disyaki memiliki dadah di sini.

Ketua Polis Daerah Serian, Supt Freddy Bian Stanislaus Bian berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan bantuan orang awam.

Menurutnya, polis merampas 0.57 gram bahan disyaki syabu daripada suspek. Pelajar yang berasal dari Kuching dan menuntut di Serian itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis amphetamine atau methamphetamine. Suspek kemudian ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media.

Supt Freddy berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat, termasuk hukuman lebih berat bagi kesalahan berulang.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan Serian kerana kerjasama antara polis dan orang awam amat penting dalam usaha membanteras masalah dadah di daerah ini.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tangkap ikan kurang 7 batu nautika, vesel nelayan ditahan
Next: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.