Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi menjelang Aidilfitri
  • SEMASA

Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto Bernama

JERTIH: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa adalah mencukupi bagi menampung keperluan menjelang Aidilfitri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata orang ramai diminta melaporkan sekiranya berlaku kekurangan bekalan itu bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Bekalan mencukupi dan sebarang kekurangan akan ditangani segera oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya selepas melakukan lawatan di Kilang Air Batu Fasa 3 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut di sini hari ini.

Mohamad ketika mengulas isu import berkata bekalan kelapa ketika ini adalah seperti biasa, namun pihaknya akan menambah bekalan termasuk dari Sabah dan Indonesia sekiranya perlu.

“Sabah terjamin (bekalan kelapa). Kalau ada mana-mana kekurangan, sila lapor dan kami akan bertindak segera,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan bekalan kelapa tempatan turut diperoleh daripada beberapa negeri, antaranya dari Perak dan Sabah.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap penanam kelapa tempatan dapat meningkatkan hasil bagi memenuhi permintaan domestik.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Februari-1 Mac 2026
Next: MAHB keluar nasihat perjalanan susulan sekatan ruang udara jejaskan beberapa laluan ke Asia Barat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.