Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LCDA lulus Skim Perumahan Spaoh, bina lebih banyak rumah kedai
  • Selatan
  • WILAYAH

LCDA lulus Skim Perumahan Spaoh, bina lebih banyak rumah kedai

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika hadir pada Majlis Ramah Tamah Gong Xi Fa Cai anjuran Persatuan Tiong Hua Spaoh di sini, malam tadi. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) meluluskan Skim Perumahan Spaoh yang akan dibangunkan di kawasan itu sebagai langkah strategik memperkukuh pertumbuhan pekan berkenaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain skim perumahan, LCDA turut merancang pembinaan lebih banyak deret rumah kedai baharu lebih dekat dengan Jambatan Spaoh bagi merancakkan lagi aktiviti komersial setempat.

Menurut beliau, kelulusan dan perancangan tersebut sejajar dengan kesiapsiagaan Spaoh menerima lonjakan aktiviti ekonomi apabila jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan itu ke Kuching, Sri Aman dan Pakan siap sepenuhnya kelak.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika hadir pada Majlis Ramah Tamah Gong Xi Fa Cai anjuran Persatuan Tiong Hua Spaoh di sini, malam tadi. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

“LCDA telah meluluskan Skim Perumahan Spaoh. Selain itu, LCDA juga akan membina lebih banyak rumah kedai baharu yang lebih dekat dengan Jambatan Spaoh,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Gong Xi Fa Cai anjuran Persatuan Tiong Hua Spaoh di sini, malam tadi.

Pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu turut mengumumkan beberapa peruntukan kepada badan komuniti setempat sebagai sokongan kepada pembangunan pendidikan, keagamaan dan kebajikan.

Antara peruntukan diluluskan ialah RM50,000 kepada Persatuan Tiong Hua Spaoh selaku jawatankuasa penganjur, RM20,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Spaoh, serta RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika hadir pada Majlis Ramah Tamah Gong Xi Fa Cai anjuran Persatuan Tiong Hua Spaoh di sini, malam tadi. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

Selain itu, sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada Tokong Cina Spaoh dan RM100,000 bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf di Tanah Perkuburan Cina Spaoh.

Sementara itu, Ahli Parlimen Betong, Richard Rapu turut menyerahkan peruntukan berjumlah RM35,000 kepada lima badan bukan kerajaan (NGO) komuniti Cina di Spaoh.

Peruntukan tersebut diagihkan kepada The Saribas Spaoh Tiong Hua Association sebanyak RM10,000, Spaoh Chinese Temple Charitable Trust Board (RM5,000), Persatuan Tiong Hua Spaoh (RM5,000), Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Chung Hua Spaoh (RM10,000) serta Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan SJKC Chung Hua Spaoh (RM5,000).

Mengulas perkembangan infrastruktur, Uggah berkata beberapa projek pemangkin sedang giat dilaksanakan termasuk Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Bebuling serta pembangunan Taman Agro Bebuling seluas 1,000 ekar.

Beliau berkata projek-projek berkenaan dijangka meningkatkan daya tarikan pelaburan, memperluas peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti perdagangan di kawasan Spaoh dan sekitarnya.

Tambahnya lagi, deret rumah kedai baharu di Pekan Spaoh kini hampir siap sepenuhnya, manakala Jambatan Spaoh yang sekian lama dinantikan penduduk dijangka siap pada Mac ini.

Menyentuh semangat perayaan, beliau berkata Tahun Kuda Api melambangkan kekuatan dan ketabahan, justeru berharap masyarakat Spaoh terus gigih bekerja serta memperkasa perdagangan di samping menjadikan sambutan perayaan sebagai platform memperkukuh perpaduan.

Uggah turut menggesa komuniti setempat supaya lebih inovatif dalam menghasilkan produk baharu bagi menarik kehadiran orang ramai dan perniagaan ke Spaoh.

Selain memaklumkan beliau akan bekerjasama dengan komuniti perniagaan bagi merancang penganjuran acara bulanan untuk menarik pengunjung dari Kuching dan bandar berhampiran.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpaduan, kepimpinan stabil tunjang Sarawak capai status maju 2030
Next: ‘Infak Bubur, Edar Kesedaran’ dekati komuniti, 400 bekas bubur lambuk diagih di Taman Harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.