Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 22 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Miri
  • JENAYAH

22 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
DIPERIKSA …Anggota polis memeriksa motosikal
menerusi Op Motosikal yang dijalankan di sekitar Jalan Piasau, Jalan Miri Bypass, Jalan Marina dan Jalan Tanjong Lobang di Miri.Foto IPD Miri. 

MIRI:  Sebanyak 22 saman telah dikeluarkan dalam Op Motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah,  lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee  Abdullah berkata, operasi yang dilaksanakan pada 27 Februari bermula 11.00 malam hingga 2.30 pagi itu tertumpu di sekitar Jalan Piasau, Jalan Miri Bypass, Jalan Marina dan Jalan Tanjong Lobang.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan orang awam berkaitan aktiviti motosikal yang mengganggu kelancaran lalu lintas serta ketenteraman awam khususnya pada waktu malam.

“Dalam operasi tersebut, seramai 17 individu terdiri daripada 15 lelaki dan dua perempuan telah diperiksa bersama 15 buah motosikal.

DIPERIKSA …Anggota polis memeriksa motosikal
menerusi Op Motosikal yang dijalankan di sekitar Jalan Piasau, Jalan Miri Bypass, Jalan Marina dan Jalan Tanjong Lobang di Miri.Foto IPD Miri. 

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan antaranya tiada lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal tanpa kebenaran, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran serta penggunaan nombor pendaftaran diubah suai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi. 

Beliau berkata, semua kesalahan itu melibatkan pelanggaran peraturan lalu lintas dan kesalahan teknikal berkaitan pengubahsuaian kenderaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang, menunggang dan memandu secara berhemah serta tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, pemilik kenderaan juga diingatkan supaya tidak mengubah suai struktur asal kenderaan sehingga menyalahi undang-undang atau menghasilkan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam.

Tambah beliau, polis akan terus melaksanakan operasi secara berkala dan berfokus bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditangkap berkaitan kes penyalahgunaan dadah
Next: Guru sekolah menengah ditahan bantu siasatan kes amang seksual di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.