Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gerhana bulan penuh 3 Mac ini, Sarawak dan Sabah berpeluang cerap fenomena langka
  • SEMASA

Gerhana bulan penuh 3 Mac ini, Sarawak dan Sabah berpeluang cerap fenomena langka

Utusan Sarawak 8 hours ago
FENOMENA gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 3 Mac 2026 bersamaan malam 14 Ramadan 1447H. Foto Agensi Angkasa Malaysia

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 3 Mac ini bersamaan malam 14 Ramadan 1447H. Fenomena ini merupakan satu-satunya gerhana bulan penuh bagi tahun ini, manakala gerhana seterusnya dijangka berlaku pada 31 Disember 2028.

Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan, menyebabkan bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan. Fenomena ini mengakibatkan bulan kelihatan berwarna kemerahan.

Fenomena gerhana bulan penuh kali ini boleh disaksikan di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Bagi Asia Tengah dan sebahagian besar Amerika Selatan, hanya gerhana separa akan berlaku.

Mengikut jadual, gerhana fasa separa (U1) bermula pada 5.50 petang, memasuki fasa penuh (U2) pada 7.04 malam, dengan kemuncak gerhana (GE) pada 7.33 malam. Fasa penuh dijangka berakhir pada 8.02 malam, sebelum beralih kembali ke fasa separa (U3) sehingga 9.17 malam.

Bagi kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, bulan akan terbit ketika fasa penuh, menjadikannya sukar untuk diperhatikan kerana langit masih terang. Di Kuala Lumpur, bulan akan berada pada ketinggian 2 darjah dari ufuk Timur ketika kemuncak gerhana.

Sabah dan Sarawak berpeluang lebih tinggi untuk mencerap fenomena ini kerana bulan terbit lebih awal dan berada pada sudut lebih tinggi. Tempoh keseluruhan gerhana mengambil masa kira-kira 5 jam 39 minit, manakala fasa penuh berlangsung hampir 58 minit.

Fenomena gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar, bergantung kepada keadaan cuaca. Penggunaan binokular atau teleskop digalakkan bagi melihat fenomena ini dengan lebih jelas.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah semarakkan program bubur pedas MAKSAK Cares
Next: Rusia, Malaysia dalam rundingan sambung semula penerbangan terus tahun ini – Duta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.