Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kemudahan baharu SK Lambir Village siap, perkasa pendidikan luar bandar
  • PENDIDIKAN

Kemudahan baharu SK Lambir Village siap, perkasa pendidikan luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIAP… Blok Asrama Lelaki dan Perempuan, Dewan Makan serta Barrack Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village yang telah siap dibina. Foto JKR Sarawak

MIRI: Satu lagi inisiatif memperkasa kemudahan pendidikan luar bandar direalisasikan menerusi Majlis Penyerahan Blok Asrama Lelaki dan Perempuan, Dewan Makan serta Berek Baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village di sini, semalam.

Majlis penyerahan rasmi tersebut sebagai sebahagian daripada proses serahan projek kepada pihak pengguna iaitu warga sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, projek pembinaan blok baharu asrama lelaki dan perempuan, dewan makan serta berek ini dilaksanakan bagi menggantikan kemudahan lama yang berada dalam keadaan daif.

“Kemudahan baharu itu dijangka memberi suasana lebih kondusif, selesa dan selamat kepada murid-murid asrama serta warga sekolah.

“Penyiapan projek berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak melalui JKR dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar, selaras usaha meningkatkan kualiti pembelajaran dan kesejahteraan murid,” kata kenyataan itu.

SERAH… Majlis penyerahan rasmi tersebut sebagai sebahagian daripada proses serahan projek kepada pihak pengguna iaitu warga sekolah berkenaan. Hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah Ketua Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Ir. Ts. Khairul Afnan Abdul Razak, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Miri Awang Ali, wakil JKR Bahagian Miri Norkaderiah Rosli serta Guru Besar SK Lambir Village, Suhardi Junaidi. Foto JKR Sarawak

Sehubungan itu, majlis penyerahan ini menandakan selesainya satu fasa penting dalam usaha pemulihan dan naik taraf kemudahan di SK Lambir Village demi pembangunan modal insan generasi akan datang, tambahnya lagi.

Hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah Ketua Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Ir. Ts. Khairul Afnan Abdul Razak, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Miri Awang Ali, wakil JKR Bahagian Miri Norkaderiah Rosli serta Guru Besar SK Lambir Village, Suhardi Junaidi.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Permohonan ke program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti kini dibuka 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.