Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bapa campak anak ke dalam parit ditahan, positif dadah
  • JENAYAH

Bapa campak anak ke dalam parit ditahan, positif dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penganiayaan terhadap anak perempuannya berusia enam tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, petang semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang bapa yang tergamak mencampak anak perempuan kandungnya ke dalam parit tanah membawa padah apabila lelaki berusia 42 tahun itu ditahan polis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada ibu kandung mangsa pada Khamis lalu sekitar 10.30 pagi.

Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok melancarkan operasi sebelum menahan suspek pada hari yang sama.

KANAK-KANAK berkenaan mengalami kecederaan lebam pada kelopak mata kanan dan paha kiri.

Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada petang Rabu sekitar 5.00 petang di hadapan rumah suspek di Saratok. 

Lelaki terbabit didakwa bertindak mencampak mangsa yang berusia enam tahun ke dalam parit tanah berhampiran kediaman mereka.

Insiden itu turut disaksikan sendiri oleh adik kembar mangsa serta beberapa jiran yang berada di lokasi kejadian. 

Akibat perbuatan tersebut, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan lebam pada kelopak mata kanan dan paha kiri.

KANAK-KANAK perempuan setelah diselamatkan.

Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan Hospital Saratok mengesahkan kesan lebam yang dialami mangsa adalah kecederaan baharu, dipercayai berpunca daripada insiden berkenaan.

Siasatan juga mendapati ibu mangsa dan suspek kini dalam proses penceraian dan tidak tinggal serumah. Mangsa bersama empat adik-beradik yang lain berada di bawah jagaan suspek ketika kejadian berlaku.

KANAK-KANAK prempuan menunjukkan lokasi dia dicampakkan oleh bapanya.

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, dipercayai menjadi antara punca lelaki itu bertindak di luar kawalan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. 

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tangkapan kes curi motosikal, dua kes berjaya diselesaikan
Next: Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditangkap berkaitan kes penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.