Tangkapan kes curi motosikal, dua kes berjaya diselesaikan

Facebook
WhatsApp
DITAHAN… Seorang lelaki ditahan dalam satu operasi ‘Op Lejang’ yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kanowit, semalam.

KANOWIT: Polis berjaya menyelesaikan dua kes kecurian motosikal susulan penahanan seorang lelaki dan merampas dua motosikal curi di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan dalam satu operasi ‘Op Lejang’ yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit, semalam.

“Susulan tangkapan dan rampasan yang dilakukan itu, polis berjaya menyelesaikan dua kes kecurian motosikal yang sebelum ini dilaporkan masing-masing di daerah Kanowit dan Kuching.

DIRAMPAS… Dua motosikal curi turut dirampas di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh juga dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati ketika meninggalkan kenderaan.

“Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat, dikunci dengan baik serta tidak sekali-kali meninggalkan kunci pada kenderaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari