Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lori tangki disita, 396 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lori tangki disita, 396 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
DISITA… Sebuah lori tangki minyak disita dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar ini.

SIBU: Sebuah lori tangki minyak disita dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan menerusi penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar bandar ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, lori tangki berkenaan disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak memiliki perlindungan insurans yang sah.

DIPERIKSA… Antara kenderaan diperiksa dalam dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar ini.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 396 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan, antaranya tiada lesen memandu yang sah selain pelbagai kesalahan lain melibatkan aspek teknikal kenderaan.

JPJ Sibu akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara.

Orang ramai khususnya pemilik dan pengendali kenderaan perdagangan dinasihatkan agar sentiasa memastikan lesen, dokumen kenderaan serta perlindungan insurans adalah sah dan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan di jalan raya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pendawaian semula Surau As-Syakirin siap dengan kos RM50,000
Next: BDA santuni komuniti menerusi Majlis Sungkei di Masjid Al-Taqwa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.