Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar rai pengamal media pada majlis berbuka puasa
  • NASIONAL

PM Anwar rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

Utusan Sarawak 15 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni pengamal media dan pempengaruh dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Penggiat Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana di sini.

Anwar, yang lengkap berpakaian baju Melayu biru, meluangkan masa beramah mesra dengan lebih 350 tetamu yang hadir selain mendengar tazkirah Ramadan bertajuk Ramadan: Fastabiqul Khairat (Berlumba Mengejar Kebaikan) yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan timbalannya Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan HAWANA kepada para penerima semasa hadir ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana hari ini. Foto Bernama

Pada majlis itu, 10 pengamal media termasuk veteran yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA bagi membantu meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

Sumbangan itu disampaikan oleh Fahmi sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan dedikasi pengamal media dalam menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan wacana negara. 

Menerima sumbangan pada majlis itu ialah Ahmad Muliady Ab Majid daripada Bernama, Norlee Mohd Sapari (Sinar Harian), Nasri Abdullah (Berita Harian), Yusman Yunus (Utusan), Md Sharif Haron (New Straits Times), Shukri Mohamad (Media Selangor), Muhammad Fauzi Mohamed (Sumber Kini), Shaukei Kahar (RTM), Nurfarahin Jamsari (Media Prima) dan Shahril Azman Mohd Zain (Media Mulia).

Sejak diperkenal pada April 2023, Tabung Kasih@HAWANA sudah memanfaatkan seramai 658 pengamal media di seluruh negara, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memelihara kebajikan komuniti media khususnya mereka yang memerlukan bantuan.

Inisiatif itu dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Bernama dan dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kerajaan tidak beku lesen kontraktor G1 bumiputera, keutamaan kepada lepasan TVET
Next: PM Anwar rai pemuda selamatkan ibu, dua anak dalam nahas di Tasik Biru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.