Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh maut dalam letupan gas di Kazakhstan
  • GLOBAL

Tujuh maut dalam letupan gas di Kazakhstan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUJUH maut, 19 cedera dalam letupan gas kuat musnahkan kafe di Shchuchinsk, Kazakhstan.

ASTANA: Tujuh terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam letupan gas kuat yang memusnahkan sebuah kafe di bandar peranginan Shchuchinsk di utara Kazakhstan, menurut media tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut laporan, campuran gas dan udara dipercayai telah terbakar di dalam kafe itu, menyebabkan letupan yang berlaku pada lewat malam antara 26 dan 27 Februari.

Letupan itu diikuti kebakaran di kafe setingkat yang bersambung dengan sebuah bangunan kediaman di daerah Burabay, wilayah Akmola.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya, menurut jabatan kecemasan wilayah.

Pihak berkuasa wilayah berkata lima mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi. Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun antara yang terkorban.

Seramai 13 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital, kebanyakannya mengalami melecur dengan tahap kecederaan berbeza termasuk beberapa kes serius.

Pihak berkuasa memaklumkan siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca letupan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Anak ‘godfather petrol’ Indonesia dipenjara dalam kes rasuah AS$17 bilion
Next: Pemain golf Pavan ‘bersyukur masih hidup’ selepas terjatuh lubang lif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.