Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar mahu Ramadan jadi momentum angkat martabat rakyat terpinggir
  • NASIONAL

PM Anwar mahu Ramadan jadi momentum angkat martabat rakyat terpinggir

Utusan Sarawak 5 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Pekan Kajang, hari ini. Foto Bernama

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh lapisan kepimpinan masyarakat dan jentera kerajaan supaya memanfaatkan bulan Ramadan ini bagi menyantuni golongan rakyat yang masih terpinggir daripada arus pembangunan.

Beliau berkata, meskipun kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan pelarasan gaji, masih terdapat kelompok kecil masyarakat yang tidak mendapat manfaat sepenuhnya bantuan itu.

“Kita jarang bicara soal mereka dan kita di semua peringkat agak sibuk dalam urusan masing-masing. Jadi saya nak ambil kesempatan ini menyeru semua jawatankuasa masjid, surau, guru besar, pengetua, ketua kampung serta pemimpin belia untuk tingkatkan amal kebajikan kita.

“Jadikan Ramadan ini satu kesempatan untuk kita mengangkat martabat semua lapisan masyarakat dengan meringankan beban mereka,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pekan Kajang yang dihadiri sekitar 2,000 jemaah hari ini.

Anwar berkata, bulan Ramadan seharusnya dijadikan peluang terbaik untuk meringankan beban rakyat dengan mengenal pasti individu, warga emas atau pesakit di setiap pelosok kampung yang memerlukan bantuan segera. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: SPRM kesan empat individu bantu siasatan kes
Next: Amaran rebut petir di Sabah, Sarawak hingga 6.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.