Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok pantas alih pokok tumbang, pulihkan laluan Nanga Batang Ulu Krian
  • WILAYAH

APM Saratok pantas alih pokok tumbang, pulihkan laluan Nanga Batang Ulu Krian

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menangani insiden pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jalan Nanga Batang Ulu Krian, pagi tadi. Foto APM Saratok

SARATOK: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok berjaya menangani insiden pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jalan Nanga Batang Ulu Krian, pagi tadi.

Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.50 pagi memaklumkan kejadian pokok tumbang yang turut menimpa tali wayar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota segera digerakkan ke lokasi pada 7.57 pagi dan tiba pada 9.27 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 50 kilometer sehala dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebatang pokok besar tumbang dan menghalang sepenuhnya jalan utama, sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk setempat.

ANGGOTA APM berjaya menangani insiden pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jalan Nanga Batang Ulu Krian, pagi tadi. Foto APM Saratok

Skuad bertugas yang terdiri daripada PBT Jeffery Kedit Kayan, PBT Boniface Bungin Lily, PBT Muaari Peterjohn Tampakrita Peter dan PBT Holleyness Alek segera memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum memulakan operasi pemotongan menggunakan tiga unit gergaji rantai.

Operasi pemotongan dan pengalihan pokok mengambil masa kira-kira 13 minit sebelum laluan berjaya dibersihkan sepenuhnya dengan bantuan pihak Sarawak Energy. Jalan berkenaan kembali selamat dan boleh dilalui orang awam.

Sepanjang operasi dijalankan, tiada sebarang kemalangan atau insiden tidak diingini berlaku dan keadaan terkawal sepenuhnya. 

Leftenan Nur Athirah menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kecemasan termasuk kejadian pokok tumbang, terutama ketika musim cuaca tidak menentu, bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil demi keselamatan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lapan orang awam diangkat ‘Hero Bomba’ di Miri
Next: Ops Siaga Raya, Kempen Keselamatan Kebakaran perkukuh kesiapsiagaan JBPM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.