Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kolej Komunti Kuching perkasa kemandirian pelajar berkeperluan khas
  • PENDIDIKAN

Kolej Komunti Kuching perkasa kemandirian pelajar berkeperluan khas

Utusan Sarawak 9 hours ago
TERUJA… Irfan (kiri), Wan (tengah) dan Danish (kanan) teruja dengan fabrik yang ada di kedai.

KUCHING: Unit Sijil Khas Jahitan Kreatif, Kolej Komuniti Kuching (KKKG) terus komited memperkasa kemahiran insaniah pelajar berkeperluan khas menerusi Program Kemandirian Harian dan Komunikasi (KJT) yang dilaksanakan di sekitar India Street, di sini hari ini.

Program melibatkan pelajar semester 3 itu memberi tumpuan kepada pengukuhan teknik interaksi serta komunikasi berkesan dengan pembekal, selain memupuk keupayaan mengurus perolehan bahan jahitan secara berdikari.

Menerusi pelaksanaan program berkenaan, pelajar diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk berurusan dengan pembekal bagi memilih dan membeli sendiri fabrik serta alatan jahitan di premis perniagaan terlibat bagi tujuan penghasilan produk akhir mereka.

Ketua Program, Gracienthy Goen, berkata aktiviti itu bukan sekadar latihan praktikal, malah menjadi sebahagian daripada komponen rubrik penilaian kursus semester yang menuntut pelajar menguasai kemahiran pengiraan kos bagi setiap barangan dibeli.

GRACIENTHY Goen (dua, kanan) dan pelajar bersama keperluan yang telah dibeli untuk projek semester akhir.

“Inisiatif ini penting dalam membina kemandirian dan sifat berdikari pelajar berkeperluan khas sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam kerjaya yang lebih mencabar,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Beliau menambah, dengan pemantauan rapi pensyarah, pelajar dididik untuk lebih yakin membuat keputusan serta memahami selok-belok urusan jual beli yang menjadi teras utama industri jahitan kreatif.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi tadi turut menerima kerjasama peniaga tempatan di India Street, sekali gus menyediakan suasana profesional untuk pelajar mempraktikkan kemahiran komunikasi secara langsung.

Langkah proaktif KKKG ini mencerminkan komitmen berterusan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam melahirkan graduan seimbang dari aspek teknikal dan insaniah, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035.

Turut mengiringi pelajar sepanjang program ialah pensyarah KJT, Nor Syarquella Ernie Khalid.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Unimas, Universiti Copenhagen lancar kursus lapangan bersama SLUSE 2026
Next: Projek dewan SMK Bintulu langkah tingkat kemudahan pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.