Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perayaan berbilang budaya bentuk perpaduan kanak-kanak sejak usia muda
  • WILAYAH

Perayaan berbilang budaya bentuk perpaduan kanak-kanak sejak usia muda

Utusan Sarawak 6 hours ago
YEE SANG… Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming (tengah) melakukan upacara yee sang bersama Guru Besar Tadika Yakin Diri Teresa Lau (tiga kiri) dan ahli lembaga YMCA Sibu pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Tadika Yakin Diri YMCA, hari ini.

SIBU: Sambutan perayaan dalam suasana berbilang budaya mampu memupuk nilai perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.

Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, aspek pendidikan itu penting apabila kanak-kanak daripada pelbagai kaum dan latar belakang budaya dapat bersama-sama meraikan sesuatu perayaan.

“Ini mencerminkan nilai harmoni dan perpaduan yang menjadi teras masyarakat negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Tadika Yakin Diri YMCA, hari ini.

MERIAH… Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming (tengah) merakam kenangan bersama kanak-kanak dan guru Tadika Yakin Diri YMCA serta ibu bapa pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Tadika Yakin Diri YMCA, hari ini.

Menurutnya, Tahun Baharu Cina bukan sahaja perayaan masyarakat Cina, malah menjadi platform untuk seluruh rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan serta keberkatan.

Beliau turut memuji Guru Besar tadika dan semua guru atas persiapan rapi majlis tersebut, selain merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan serta kepercayaan berterusan mereka terhadap institusi berkenaan.

“Kerjasama erat antara keluarga dan pihak tadika memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak membesar secara sihat dalam persekitaran penuh kasih sayang dan galakan,” ujarnya.

Menyentuh isu kanak-kanak berusia enam tahun yang diberi pilihan memasuki Tahun Satu bermula 2027, Lau berkata, dasar itu memberikan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, tegasnya fokus utama bukanlah sama ada memulakan persekolahan lebih awal atau lewat, sebaliknya kesesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

ANGPAU… Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming (empat kiri) mengagihkan angpau kepada kanak-kanak Tadika Yakin Diri YMCA pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Tadika Yakin Diri YMCA, hari ini.

“Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar berbeza, sama ada dari segi kognitif, emosi mahupun kemahiran sosial,” katanya.

Beliau menambah, pendidikan bukan satu perlumbaan dan permulaan lebih awal tidak semestinya menjamin hasil lebih baik.

“Jika kanak-kanak belum bersedia secara fizikal dan mental, kemasukan awal ke sekolah rendah boleh menyebabkan tekanan serta menjejaskan minat dan keyakinan mereka dalam pembelajaran.

“Oleh itu, saya menggesa guru dan ibu bapa supaya bekerjasama rapat menjalankan penilaian menyeluruh dan objektif sebelum kanak-kanak memasuki sekolah rendah,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Unit Saberkas Pekan Marudi pilih AJK Baharu Sesi 2026-2029
Next: Persatuan Nelayan Kawasan Sematan/Lundu digesa lebih proaktif perkasa ahlinya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.