Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat cetus gegaran aliran lumpur hampir empat jam di Gunung Semeru
  • GLOBAL

Hujan lebat cetus gegaran aliran lumpur hampir empat jam di Gunung Semeru

Utusan Sarawak 6 hours ago
GUNUNG Semeru terus dipantau selepas gegaran lahar hampir empat jam. Foto AGENSI

JAKARTA: Gegaran aliran lumpur akibat hujan dari Gunung Semeru di Jawa Timur direkodkan selama hampir empat jam susulan hujan lebat pada Khamis.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru Sigit Rian Alfian berkata gegaran berpanjangan itu, yang berpunca daripada hujan lebat membawa bahan gunung berapi longgar seperti abu, pasir dan batu menuruni cerun gunung, dikesan semasa pemantauan pada awal pagi.

“Semasa tempoh pemerhatian pada Khamis dari 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi waktu tempatan, satu gegaran banjir lahar direkodkan dengan amplitud 17 milimeter dan tempoh 13,304 saat atau tiga jam 42 minit,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA pada Khamis.

HUJAN deras bawa abu dan batuan turun cerun Gunung Semeru. Foto AGENSI

Aliran lumpur akibat hujan, yang juga dikenali sebagai lahar, boleh bergerak pantas di sepanjang sungai dan lembah walaupun tanpa letusan baharu.

“Pemerhatian visual menunjukkan gunung berapi itu dilitupi kabus. Tiada asap kawah diperhatikan. Cuaca mendung hingga hujan, dengan angin lemah hingga kencang bertiup ke arah utara dan timur laut,” kata Sigit.

Gunung Semeru, gunung tertinggi di Pulau Jawa, kekal di bawah pemantauan rapi pihak berkuasa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tragedi hujan lebat di Brazil: 46 terbunuh, pencarian mangsa diteruskan
Next: Pelabuhan Shanghai terima kapal persiaran antarabangsa pertama pada Tahun Kuda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.