Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pusat khidmat di Masjid Nabawi beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan
  • GLOBAL

Pusat khidmat di Masjid Nabawi beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 8 hours ago

Masjid Nabawi. Foto fail Bernama.

MADINAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi terus menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung Masjid Nabawi sepanjang Ramadan menerusi pusat-pusat perkhidmatan yang terletak di sekitar datarannya.

Inisiatif itu bertujuan mewujudkan suasana kerohanian sekali gus membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan mudah dan tenang.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pusat-pusat berkenaan menyambut ketibaan pengunjung di dataran Masjid Nabawi dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi bimbingan agama dan panduan lokasi, sokongan komunikasi pelbagai bahasa serta menjawab pertanyaan.

Turut disediakan adalah bantuan berkaitan perkhidmatan Nusuk, pinjaman kerusi roda, panduan bagi individu yang tersesat, permohonan bantuan perubatan kecemasan serta penyediaan gelang tangan keselamatan untuk warga emas dan kanak-kanak.

Pusat-pusat perkhidmatan itu beroperasi di bahagian selatan dan utara Masjid Nabawi.

Pusat (331) dan (301) beroperasi 24 jam sehari, manakala pusat (307), (329), dan (339) beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam bagi memenuhi keperluan pengunjung, terutamanya susulan peningkatan jumlah jemaah sepanjang Ramadan, lapor agensi itu. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Pesawat pejuang terhempas di Korea Selatan, juruterbang selamat
Next: 15 terkorban, seekor anjing kecil terselamat dalam nahas helikopter Peru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.