Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 62 maut dalam keganasan selepas raja dadah “El Mencho” terbunuh di Mexico
  • GLOBAL

62 maut dalam keganasan selepas raja dadah “El Mencho” terbunuh di Mexico

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEBUAH trak yang dibakar dan digunakan untuk menyekat jalan ketika raja dadah Mexico “El Mencho” cuba melarikan diri kelihatan berhampiran Tapalpa Country Club, tempat dia bersembunyi ketika operasi yang mengorbankan nyawanya dijalankan, di Tapalpa, negeri Jalisco, Mexico, pada 24 Februari 2026. Foto AFP

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 62 orang maut selepas keganasan tercetus pada Ahad susulan pembunuhan “El Mencho”, antara pengedar dadah paling dikehendaki di dunia, lapor Agensi Berita Xinhua.

Bercakap pada sidang media di Mexico City, Setiausaha Keselamatan dan Perlindungan Rakyat Mexico Omar Garcia Harfuch berkata mangsa yang maut termasuk 25 anggota Pengawal Kebangsaan, seorang pengawal penjara, seorang ejen pejabat pendakwa raya serta seorang wanita awam yang terperangkap dalam kejadian tembak-menembak. Sekurang-kurangnya 70 individu ditahan.

Beliau berkata keganasan itu bertujuan menghalang tugas pasukan persekutuan dan menjejaskan keselamatan awam serta pergerakan orang ramai.

Aktiviti harian di kawasan terjejas mula kembali normal pada Isnin hasil penyelarasan antara pihak berkuasa perbandaran, negeri dan persekutuan, katanya.

Nemesio Oseguera Cervantes, yang dikenali sebagai “El Mencho” adalah ketua Jalisco New Generation Cartel. Kartel itu beroperasi di lebih 20 negeri, menjadikannya antara kumpulan jenayah paling berkuasa di Mexico. Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kebakaran di lapangan terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan
Next: Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.