Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kehilangan Igoh Sengaling terus misteri, Operasi SAR hari kelima masih buntu
  • Tengah
  • WILAYAH

Kehilangan Igoh Sengaling terus misteri, Operasi SAR hari kelima masih buntu

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPERASI SAR hari kelima yang dijalankan hari ini masih lagi gagal menemui jejak lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 18 Februari lalu. Foto: PGO Bomba Sarawak

SKRANG: Kehilangan seorang lelaki warga emas, Igoh Sengaling, 84, dari Rumah Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang di sini terus menjadi misteri apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dilaporkan keluar dari rumah panjangnya pada 18 Februari lalu sekitar 7.00 pagi untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Skim Skrang dengan menaiki perahu miliknya.

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya selepas urusan tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga.

Penduduk rumah panjang bersama ahli keluarga telah menjalankan pencarian awal di sekitar kawasan rumah panjang dan hutan berhampiran, namun usaha tersebut gagal menemui sebarang jejak mangsa.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 19 Februari sekitar 7.51 malam sebelum operasi SAR digerakkan melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

Operasi hari kelima yang dijalankan pada hari ini menyaksikan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong diketuai Komander Operasi, Mosihi Buang, bergerak ke lokasi seawal 8.00 pagi.

Pencarian dilakukan secara serentak bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA serta penduduk kampung dengan pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi memperluaskan kawasan pencarian.

Usaha pencarian tertumpu di kawasan penemuan perahu mangsa sekitar 1.5 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) selain pemeriksaan di daratan dalam radius satu kilometer serta menyusuri Sungai Skrang hingga dua kilometer ke hulu.

Pasukan SAR turut meneruskan pencarian pada sebelah petang dengan kaedah ‘tracking’ bagi mengenal pasti kesan jejak seperti tapak kaki, ranting patah dan tanda laluan yang dipercayai digunakan mangsa.

Bagaimanapun, operasi yang diperluaskan sehingga radius empat kilometer di daratan serta lima kilometer di sepanjang sungai itu masih tidak menemukan sebarang petunjuk baharu sebelum operasi ditangguhkan pada 5.00 petang tadi dan akan disambung semula esok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tanah susur belakang Rumah Spencer Muling Temudok, APM Saratok bertindak pantas
Next: JKKK memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan di peringkat akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.