Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar setuju pertimbang pelepasan perolehan dana ATM – Mohamed Khaled
  • NASIONAL

PM Anwar setuju pertimbang pelepasan perolehan dana ATM – Mohamed Khaled

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar kenangan pada sesi taklimat bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan hari ini. Turut sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga, kiri), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tiga, kanan) dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Datuk Malek Razak Sulaiman (dua, kiri). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempertimbangkan pelepasan perolehan dana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi perbelanjaan operasi pasukan keselamatan itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu dimaklumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam pertemuan bersama pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM di Wisma Perwira di sini, hari ini.

“Perdana Menteri memaklumkan beliau memahami soal kesiagaan dan operasi yang perlu diteruskan dan keputusan untuk membekukan perolehan perlulah dibuat secara berhati-hati yang pada akhirnya tidak menjejaskan operasi dan kesiagaan.

“Beliau bersetuju supaya perkara-perkara seperti itu boleh dipertimbang dan dikecualikan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan itu sempena Program Ihya’ Ramadan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman. 

Pada 16 Januari lepas, Anwar mengarahkan semua keputusan perolehan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait dengan isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Pembekuan itu dibuat berikutan kontroversi yang melanda ATM berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan beberapa bekas pimpinan tertinggi dalam ATM.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata Perdana Menteri turut menekankan supaya semua proses perolehan dilaksanakan secara telus serta menyokong usaha Kementerian Pertahanan memperkasa tadbir urus khususnya dalam aspek perolehan.

“Selain itu, Perdana Menteri juga memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan ATM sebagai satu kemestian berasaskan perubahan geopolitik semasa, sama ada di rantau ini mahupun di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata dalam pertemuan itu juga, Perdana Menteri memberi penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera termasuk penyediaan rumah yang lebih selesa. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB sokong petisyen kerajaan Sarawak di Mahkamah Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.