Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penjawat awam Persekutuan diingatkan jadi tunjang hubung rakyat dan kerajaan di Sarawak
  • SEMASA

Penjawat awam Persekutuan diingatkan jadi tunjang hubung rakyat dan kerajaan di Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
AMANAT… Datuk Mustapha Sakmud berucap pada majlis Amanat Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sarawak, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Penjawat awam Persekutuan di Sarawak diingatkan bahawa tanggungjawab mereka bukan hanya melaksanakan tugas pentadbiran, tetapi juga menjadi tunjang utama yang menghubungkan Kerajaan Persekutuan dengan rakyat, demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang di Bumi Kenyalang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis Amanat Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sarawak, sambil menegaskan kepentingan integriti, kecekapan dan kepekaan terhadap keperluan rakyat.

Menurut beliau, usaha memakmurkan negara perlu berpaksikan tiga teras utama iaitu Reformasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), penghayatan Budaya Kerja Malaysia MADANI serta pembinaan negara bangsa yang kukuh, sejahtera dan berdaya tahan.

Dalam menyentuh Reformasi MA63, beliau berkata komitmen Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara berstruktur sejak 2016 melalui penubuhan Jawatankuasa Pendelegasian Kuasa (JKDA), diikuti beberapa jawatankuasa khas termasuk Majlis Khas Mengenai MA63 dan seterusnya diperkasakan di bawah Kerajaan MADANI.

“Di bawah Kerajaan MADANI, pelaksanaan MA63 diperkukuh menerusi penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Sehingga kini, 29 perkara MA63 telah dibincangkan dengan 13 daripadanya berjaya diselesaikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pelancaran Papan Pemuka MA63 Fasa 1 pada 28 Januari 2026 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof membolehkan orang awam meneliti perkembangan pelaksanaan MA63 secara telus melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS).

Dalam pada itu, beliau mengiktiraf peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang secara konsisten menjadikan Reformasi MA63 sebagai agenda nasional demi menjamin keadilan antara wilayah dan masa depan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Menyentuh mengenai Budaya Kerja Malaysia MADANI, Mustapha menegaskan bahawa gagasan itu bukan sekadar slogan, sebaliknya kerangka nilai yang perlu diterjemahkan dalam budaya kerja penjawat awam, termasuk sikap ihsan, rasa tanggungjawab dan keutamaan kepada kepantasan penyampaian perkhidmatan khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata usaha borneonisasi perjawatan awam Persekutuan turut menunjukkan perkembangan positif apabila tahap pelaksanaannya mencecah 71.88 peratus di Sabah dan 87.50 peratus di Sarawak, sekali gus membantu membina kepercayaan dan kefahaman budaya dalam perkhidmatan kerajaan.

Peningkatan tersebut diteruskan lagi dalam Belanjawan 2026, apabila Sabah menerima RM6.9 bilion dan Sarawak RM6.0 bilion, menjadikan jumlah peruntukan pembangunan kepada kedua-dua wilayah ini mencecah RM12.9 bilion dan yang merupakan terbesar dalam Malaysia.

Mengakhiri amanatnya, beliau menegaskan bahawa MA63 perlu difahami sebagai asas pembinaan negara bangsa dan bukan medium untuk mencetuskan perpecahan.

“Apabila hak dihormati dan tanggungjawab dilaksanakan bersama, perpaduan negara akan menjadi lebih kukuh dan Malaysia akan terus melangkah sebagai sebuah negara yang adil dan bersatu,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemuda PRS sokong tegas pendirian kerajaan Sarawak fail petisyen hak petroleum
Next: Wilfred Yap sokong tindakan Sarawak pertahan hak negeri di Mahkamah Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.