Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah meriahkan suasana di Bazar Ramadan Satok
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah meriahkan suasana di Bazar Ramadan Satok

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berkunjung ke Bazar Ramadan Satok, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke Bazar Ramadan Satok bagi meninjau suasana serta menyantuni para peniaga dan pengunjung yang hadir.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berkunjung ke Bazar Ramadan Satok, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Sepanjang lawatan tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meninjau pelbagai juadah berbuka puasa yang ditawarkan, termasuk ‘suntong tutok’ yang menjadi antara tarikan utama di bazar berkenaan. Tun Wan Junaidi turut mencuba sendiri proses menutok suntong sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemahiran peniaga tempatan.

Selain itu, Tun Wan Junaidi Toh Puan Fauziah turut membeli beberapa juadah seperti aneka kuih-muih dan hidangan lain untuk berbuka puasa.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berkunjung ke Bazar Ramadan Satok, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan masa beramah mesra serta memenuhi permintaan pengunjung untuk bergambar sebagai kenangan.

Tun Wan Junaidi berharap agar Ramadan yang mulia ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat, serta membawa keberkatan dan limpahan rezeki kepada semua, khususnya para peniaga kecil yang gigih berusaha demi keluarga.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak santuni penjawat awam, sampaikan sumbangan MAKSAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.