Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jengkaut musnah terbakar di persimpangan Ulu Sungai Merah
  • KEBAKARAN

Jengkaut musnah terbakar di persimpangan Ulu Sungai Merah

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBUAH jengkaut musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran petang tadi. Kredit foto PGO

SIBU: Sebuah jengkaut musnah sepenuhnya dalam kebakaran di persimpangan lampu isyarat Ulu Sungai Merah di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 2.44 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di tempat kejadian 2.50 petang dan mendapati sebuah jengkaut yang berada berdekatan kawasan taman perumahan terbakar sepenuhnya.

SEBUAH jengkaut musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran petang tadi. Kredit foto PGO

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan satu nozel serta sumber air daripada pam jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal 3.00 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya 3.20 petang selepas pasukan memastikan keadaan benar-benar selamat.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga mayat ditemukan dalam kebakaran rumah berhampiran Tokyo, kanak-kanak dikhuatiri terkorban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.