Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Ramadan Lundu perkenal pembayaran digital, utamakan aspek kebersihan
  • TEMPATAN

Bazar Ramadan Lundu perkenal pembayaran digital, utamakan aspek kebersihan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyempurnakan Majlis perasmian Bazar Ramadan Lundu, hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Penganjuran Bazar Ramadan Daerah Lundu 2026 menampilkan kelainan apabila memberi penekanan khusus terhadap penggunaan pembayaran digital dan aspek kebersihan sejajar dengan keperluan semasa serta usaha meningkatkan keselesaan pengunjung.

Majlis perasmian Bazar Ramadan Lundu itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, hari ini.

Dalam ucapannya, Azizul merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Lundu atas komitmen berterusan menganjurkan bazar Ramadan saban tahun, yang bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan juadah berbuka puasa, malah membantu merancakkan ekonomi komuniti setempat.

Beliau menyifatkan penganjuran kali ini sebagai lebih teratur dan tersusun, selain melahirkan rasa gembira terhadap sambutan masyarakat yang amat menggalakkan.

ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyempurnakan Majlis perasmian Bazar Ramadan Lundu, hari ini. Foto UKAS

Pada masa sama, beliau mengingatkan para peniaga agar sentiasa mengutamakan kebersihan, kualiti dan keselamatan makanan bagi memastikan keyakinan pengunjung terus terpelihara.

Beliau turut menggalakkan penjaja memanfaatkan kemudahan pembayaran digital seperti kod QR, selaras dengan perubahan trend urus niaga masa kini.

Sementara itu, pihak Majlis Daerah Lundu memaklumkan bahawa Bazar Ramadan Daerah Lundu 2026 diadakan di dua lokasi utama iaitu Lundu dan Sematan, melibatkan keseluruhan 69 tapak perniagaan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 tapak disediakan di Lundu manakala 14 tapak lagi di Sematan.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup, Pegawai Daerah Lundu merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail serta Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Lisa Mireg.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Banjir di Sarawak pulih
Next: Kunjungan Tahun Baharu Cina perkukuh hubungan kerajaan negeri, komuniti Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.