Banjir di Sarawak pulih

Facebook
WhatsApp
APM Bau menjalankan pemantauan di Kampung Keranji dan Kampung Skiat Baru susulan hujan berterusan semalam, dengan beberapa rumah dilaporkan terjejas namun keadaan keseluruhan masih terkawal. Foto APM Sarawak

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya berikutan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi iaitu Masjid Darul Istiqlaal, dekat sini, ditutup tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan ditutup pada 12.30 tengah hari.

“PPS itu telah beroperasi sejak semalam bagi menempatkan 65 orang daripada 18 keluarga penduduk Kampung Sungai Maong,” menurut kenyataan itu.

Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara.

-Bernama

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi