NASA tangguh misi angkasawan ke bulan susulan masalah teknikal

Facebook
WhatsApp
ROKET SLS dan kapal angkasa Orion untuk misi Artemis II dilihat di Launch Pad 39B, Kennedy Space Center, Florida. Pentadbir NASA, Jared Isaacman menolak pelancaran Artemis II pada bulan Mac, misi flyby berawak pertama ke Bulan dalam lebih 50 tahun, kerana masalah teknikal. Foto AFP

WASHINGTON: NASA menangguhkan misi angkasawan ke bulan yang pertama sejak 1972 selepas masalah teknikal memaksa agensi angkasa itu menunda pelancaran Artemis 2, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pentadbir NASA Jared Isaacman dalam hantaran di platform X pada Sabtu bahawa satu isu berkaitan bekalan helium pada salah satu peringkat roket perlu ditangani.

Kerja pembaikan memerlukan pemindahan roket dan kapsul Orion dari pad pelancaran Pusat Angkasa Lepas Kennedy di negeri Florida, AS kembali ke hangar, menjadikan tempoh pelancaran Mac yang dirancang pada asalnya tidak dapat dicapai.

Misi itu pada mulanya dijadualkan pada awal Februari, tetapi ditangguhkan kerana kebocoran hidrogen semasa ujian. Selepas raptai penuh urutan pelancaran dijalankan kemudiannya, tanpa melibatkan pelepasan, Isaacman menyifatkan kemajuan sebagai signifikan pada Jumaat.

Tempoh pelancaran selanjutnya dijangka lewat tahun ini, termasuk pada awal April. Artemis 2 akan membawa empat angkasawan – warga Amerika Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, serta warga Kanada Jeremy Hansen – dalam misi kira-kira 10 hari mengelilingi Bulan, menandakan perjalanan manusia pertama menghampiri Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Angkasawan AS terakhir yang mendarat di bulan melakukan penerbangan ke sana pada 1972. – Bernama-dpa

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi