Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua pesawat berlanggar di landasan Lapangan Terbang Schiphol, tiada kecederaan
  • GLOBAL

Dua pesawat berlanggar di landasan Lapangan Terbang Schiphol, tiada kecederaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
KLM menyifatkan perlanggaran pesawat di Schiphol sebagai “sangat luar biasa” dan sedang menyiasat punca kejadian.

THE HAGUE: Dua pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan kebangsaan Belanda, KLM, berlanggar di landasan tanpa menyebabkan kecederaan pada pagi Sabtu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, Belanda, lapor media tempatan.

Menurut penyiar awam Belanda, NOS, satu penerbangan baru sahaja mendarat dari Birmingham, manakala satu lagi dijadual berlepas ke Athens. Satu daripada pesawat berada dalam keadaan berhenti, manakala satu lagi sedang bergerak.

Penumpang dan kru kedua-dua pesawat dibawa kembali ke pintu perlepasan selepas kejadian. KLM berkata semua penumpang ditempatkan semula pada penerbangan lain. Kedua-dua pesawat dipindahkan ke hangar untuk pemeriksaan. KLM menyifatkan kejadian itu sebagai “sangat luar biasa”. Punca perlanggaran masih dalam siasatan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lubang besar di Aceh Tengah akibat tanah runtuh, bukan lubang benam
Next: NASA tangguh misi angkasawan ke bulan susulan masalah teknikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.