Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • NASA tetapkan 6 Mac tarikh terawal hantar angkasawan kelilingi bulan
  • SEMASA

NASA tetapkan 6 Mac tarikh terawal hantar angkasawan kelilingi bulan

Utusan Sarawak 8 hours ago
NASA... Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menzahirkan keyakinan baharu semalam, selepas ujian darat kedua bagi misi menghantar kru mengelilingi Bulan seawal Mac menunjukkan kemajuan ketara selepas mengalami masalah teknikal pada awalnya.

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menzahirkan keyakinan baharu semalam, selepas ujian darat kedua bagi misi menghantar kru mengelilingi Bulan seawal Mac menunjukkan kemajuan ketara selepas mengalami masalah teknikal pada awalnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pentadbir NASA, Jared Isaacman menerusi hantaran di laman X berkata ujian simulasi pelancaran penuh tanpa pelepasan kedua itu menandakan “langkah besar ke arah kepulangan Amerika ke persekitaran Bulan.”

Pengurus NASA, Lori Glaze berkata kerja-kerja pembaikan terhadap isu yang dihadapi semasa ujian terdahulu terbukti berkesan. Menurutnya, hampir semua prosedur selesai seperti yang dirancang dalam tempoh masa yang ditetapkan, walaupun masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu memaklumkan tarikh pelancaran paling awal kini ditetapkan pada 6 Mac, dengan kru misi dijangka mula menjalani kuarantin pada Jumaat.

Misi Artemis 2 dijadualkan menghantar angkawasan ke kawasan sekitar Bulan buat kali pertama dalam tempoh lebih separuh abad.

Angkasawan AS Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, bersama angkasawan Kanada Jeremy Hansen, dijadualkan terbang mengelilingi Bulan dalam misi yang mengambil masa kira-kira 10 hari itu.

NASA sebelum ini menetapkan sasaran pelancaran tidak lebih awal dari 6 Februari.

Bagaimanapun, semasa ujian simulasi penuh pertama di pangkalan angkasa Tanjung Canaveral pada awal Februari, kebocoran hidrogen dikesan yang memerlukan penggantian bahagian kedap. Ujian susulan yang lebih kecil kemudiannya masih mengalami masalah pengisian bahan api hidrogen, menyebabkan jurutera terpaksa menggantikan sistem penapis.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 186 gerai meriahkan Bazar Ramadan MDS, tarik kunjungan warga Sarikei
Next: Operasi SAR warga emas hilang diperluas sehingga 6 kilometer, masih tiada petunjuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.