Tiga maut dalam nahas helikopter di Amur Oblast, Rusia

Facebook
WhatsApp
PASUKAN penyelamat mengesahkan tiga mangsa maut dalam insiden nahas helikopter di Wilayah Amur. Foto hiasan.

VLADIVOSTOK: Kesemua tiga individu di dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang pada Khamis disahkan maut, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia bagi Wilayah Amur pada Sabtu, lapor Xinhua.  

Helikopter itu hilang daripada radar pada petang Khamis selepas berlepas dari tapak pembalakan di daerah perbandaran Romnensky, di Amur Oblast.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia, ketiga-tiga individu yang berada di dalam pesawat itu adalah seorang juruterbang, seorang penyiasat dan seorang pegawai polis.

Difahamkan, mereka sedang dalam perjalanan pulang dari lokasi kejadian jenayah, di mana mayat seorang pekerja pembalakan yang mengalami kecederaan maut semasa bekerja telah ditemukan. – Bernama