Hidangan bazar Ramadan didakwa masih mentah, cetus reaksi warga maya

Facebook
WhatsApp
KEADAAN isi ikan panggang yang didakwa masih mentah selepas dibelah, yang dikongsikan seorang pelanggan di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

KUCHING: Satu hantaran di media sosial yang memaparkan keadaan hidangan dipercayai dibeli di sebuah bazar Ramadan tular dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa ikan panggang yang dibelinya tidak dimasak sempurna.

Gambar yang dimuat naik menunjukkan isi ikan yang dibelah kelihatan masih mentah di bahagian dalam dan didakwa tidak segar.

Menurut individu berkenaan, keadaan itu hanya disedari selepas hidangan tersebut dibuka di rumah untuk dinikmati sebagai juadah berbuka puasa.

PERKONGSIAN gambar hidangan bazar Ramadan tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen mengenai kebersihan dan kualiti makanan.

Situasi tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dan persoalan terhadap tahap kualiti makanan yang dijual.

“Ya rindok gilak bebeli di bazzar. Nang sebarang berjual ohhh. Ka maok duit ajak bejual? Kempang gilak takrang polah org nak bebeli di bulan mulia tok. Manggang 10 saat ajak kah? Bebual aihh..,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu menerima ratusan tanda suka dan ribuan perkongsian, dengan rata-rata warganet menyuarakan kebimbangan terhadap aspek kebersihan serta keselamatan makanan di bazar Ramadan.

Sehubungan itu, peniaga disaran memastikan makanan dimasak sempurna dan mengutamakan kualiti hidangan demi menjaga keselamatan pengguna serta reputasi perniagaan.

Oleh Shikin Mahmud