Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ​KMKK digesa jadi jambatan maklumat pembangunan GPS
  • Selatan
  • WILAYAH

​KMKK digesa jadi jambatan maklumat pembangunan GPS

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis mengunjungi rumah-rumah KMKK Cina di kawasan DUN N.32 Simanggang sempena sambutan Hari Kedua Tahun Baharu Cina 2026, semalam. Foto: ADUN Simanggang.

​SIMANGGANG: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai pelbagai projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada rakyat di peringkat akar umbi.

​Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, penyampaian maklumat yang berkesan adalah penting bagi memastikan rakyat memahami dan menghargai usaha berterusan kerajaan dalam memacu kemajuan serta kesejahteraan di seluruh negeri.

​Beliau berkata demikian semasa mengetuai rombongan bersama isteri, Datin Simba Nalang, mengunjungi rumah-rumah KMKK Cina di kawasan DUN N.32 Simanggang sempena sambutan Hari Kedua Tahun Baharu Cina 2026, semalam.

DATUK Francis Harden Hollis menyantuni KMKK Cina sempena kunjungan Hari Kedua Tahun Baharu Cina 2026 di Simanggang, semalam.

​Menurut beliau, kunjungan tersebut bukan sekadar tradisi, malah merupakan tanda pengiktirafan terhadap kepelbagaian budaya di Sarawak yang hidup dalam toleransi tinggi tanpa konflik ekstremisme, sekali gus memperkasakan ikatan perhubungan sesama penduduk.

​Siri kunjungan tersebut dimulakan di kediaman Chin Fah Shiang di Taman Green Height, disusuli rumah Kapitan Kiew Sii Ted di Pasir Panas, serta kediaman Kapitan Kang Tai Hing dan Penghulu Kang Tai Kong di Taman Pasir Panas bagi meraikan semangat perpaduan.

​Rombongan turut memberi penghormatan khas dengan mengunjungi veteran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang, Datuk Tan Chong Meng di Jalan Main Bazaar sebagai menghargai pengorbanan beliau terhadap parti, selain menziarahi Kaunselor Wong Yii Hong yang merupakan Pengerusi Pemuda SUPP Simanggang.

DATUK Francis Harden Hollis meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama komuniti setempat dalam Majlis Rumah Terbuka JKKK Kampung Cina Temudok.

​Kemuncak program hari tersebut adalah Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina Temudok yang diadakan di pekarangan kediaman Kapitan Chin Chong Miaw, yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat setempat.

​Dalam ucapannya, Harden memuji semangat kerjasama JKKK dan Biro Wanita yang berjaya menganjurkan majlis secara gotong-royong tanpa menggunakan khidmat katering, yang menurutnya memperlihatkan keakraban komuniti yang masih terpelihara.

​Beliau menekankan bahawa melalui komunikasi yang jelas daripada KMKK, rakyat tidak akan terpinggir daripada mengetahui inisiatif pembangunan GPS yang bertujuan untuk mentransformasikan landskap ekonomi dan sosial penduduk di kawasan luar bandar dan bandar.

​Sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti komuniti, Harden yang juga ADUN Simanggang meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada JKKK Kampung Cina Temudok dan RM3,000 kepada Biro Wanita bagi kegunaan aktiviti tahunan mereka.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak jadi lambang keharmonian antara kaum
Next: Dua selamat, Proton Saga terbabas masuk parit di Simpang Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.