Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops TBC 2026: JPJ Sarawak pantau ketat keselamatan bas di Kuching
  • TEMPATAN

Ops TBC 2026: JPJ Sarawak pantau ketat keselamatan bas di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PANTAU… Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus komited memperkukuh aspek keselamatan pengangkutan awam melalui pelaksanaan pemantauan dan pemeriksaan bas di terminal bas sempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus komited memperkukuh aspek keselamatan pengangkutan awam melalui pelaksanaan pemantauan dan pemeriksaan bas di terminal bas sempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Faizal David Jemat telah turun padang bagi meninjau secara langsung pemeriksaan dan pemantauan pelaksanaan operasi tersebut di terminal bas.

Pemeriksaan yang dijalankan memberi penekanan kepada pematuhan dokumen seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), perlindungan insurans, kelayakan lesen memandu serta aspek teknikal dan tahap keselamatan bas.

PANTAU… Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus komited memperkukuh aspek keselamatan pengangkutan awam melalui pelaksanaan pemantauan dan pemeriksaan bas di terminal bas sempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

Langkah ini adalah bagi memastikan setiap kenderaan perkhidmatan awam berada dalam keadaan selamat dan mematuhi peraturan sebelum dibenarkan beroperasi.

JPJ Sarawak akan terus mempergiatkan pemantauan sepanjang tempoh Ops TBC 2026 bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya, khususnya dalam tempoh peningkatan pergerakan sempena musim perayaan.

Orang ramai digesa agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penguat kuasa demi keselamatan bersama.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dataran kejat Hospital Saratok dinaik taraf menerusi peruntukan RTP
Next: Kren tumbang: Dua notis larangan dikeluarkan, operasti tapak bina dihentikan serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.