Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak Energy tanam 300 pokok di Piasau
  • TEMPATAN

Sarawak Energy tanam 300 pokok di Piasau

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGURUS Besar Komunikasi Korporat Sarawak Energy, Elaine Tan Chiaw Hoon; Naib Presiden Kanan Perundangan dan Pematuhan, George Chapman; Naib Presiden Kanan Kontrak dan Perolehan, Yusri Safri; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Haji Sharbini Suhaili serta Datin Hajah Norasmah Kassim semasa aktiviti penanaman pokok di Rizab Alam Semula Jadi Piasau, Miri. Foto Sarawak Energy

KUCHING: Sarawak Energy dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menanam 300 anak pokok spesies tempatan di Rizab Semula Jadi Piasau, Miri pada 8 Februari, sekali gus memperkukuh komitmen jangka panjang terhadap kelestarian alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti.

Sarawak Energy dalam kenyataan hari ini memaklumkan usaha itu sebahagian daripada Kempen Penanaman, Perlindungan dan Pemulihan Habitat Pokok, yang menyasarkan penanaman dan perlindungan 500,000 pokok menjelang 2030.

Menurut kenyataan itu, kira-kira 30 pegawai kanan dan kakitangan Sarawak Energy menyertai program berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sharbini Suhaili.

Sharbini berkata inisiatif itu menyokong komitmen Sarawak Energy untuk memastikan pembangunan tenaga boleh baharu dilaksanakan dengan mengambil kira penjagaan ekosistem dan biodiversiti.

“Inisiatif ini mencerminkan tanggungjawab kami untuk memastikan pengurusan alam sekitar kekal sebagai sebahagian penting daripada perjalanan pertumbuhan Sarawak Energy.”

“Melalui usaha penghutanan semula dan pemulihan habitat yang berterusan, kami berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada pemeliharaan khazanah alam semula jadi Sarawak yang kaya untuk generasi akan datang,” katanya.

Anak pokok yang ditanam termasuk spesies tempatan seperti kara, cempedak, terap, kasai dan pulur dipilih bagi menyokong pemulihan ekologi serta meningkatkan kepelbagaian habitat di dalam kawasan rizab tersebut.

Rizab Semula Jadi Piasau yang terletak di Miri merupakan kawasan perlindungan bandar yang penting dan terkenal dengan populasi burung enggang.

Aktiviti penanaman ini menyumbang pengukuhan biodiversiti bandar dan menyokong usaha pemuliharaan yang berterusan di kawasan yang pesat membangun.

Setakat 26 Disember 2025, Sarawak Energy telah menanam lebih 247,000 pokok di seluruh negeri menerusi kempen berkenaan, termasuk lebih 58,000 pokok pada 2025, selangkah ke hadapan menuju sasaran menanam 500,000 pokok menjelang 2030. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Taman Awam BDC dibersihkan susulan aduan sisa mercun dan bunga api
Next: Dataran kejat Hospital Saratok dinaik taraf menerusi peruntukan RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.