Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas 84 tahun hilang selepas keluar ambil ubat di klinik, operasi SAR dilancar
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas 84 tahun hilang selepas keluar ambil ubat di klinik, operasi SAR dilancar

Utusan Sarawak 7 hours ago
IGOH Sengaling.

SKRANG: Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah panjangnya di Rumah Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang di sini untuk mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian orang hilang itu sekitar 9.07 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Igoh Sengaling, yang dilaporkan keluar dari rumah pada Rabu lalu kira-kira 7.00 pagi dengan menaiki perahu miliknya untuk ke klinik bagi mengambil ubat.

OPERASI SAR hari pertama dilancarkan bagi mencari seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang. Foto PGO Bomba Sarawak

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan selepas urusan tersebut. 

Ahli keluarga bersama penduduk rumah panjang telah menjalankan pencarian di sekitar kawasan rumah panjang serta hutan berhampiran selama dua hari, namun gagal menemui sebarang petunjuk.

Laporan polis berhubung kehilangan mangsa dibuat pada semalam kira-kira 7.51 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menggerakkan tiga anggota diketuai Komander Operasi, Yusuf Tamin ke lokasi yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai. 

Pasukan tiba di lokasi pada 9.31 malam dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux.

Bagi operasi hari pertama hari ini, seramai tujuh anggota bergerak ke lokasi SAR pada 7.30 pagi menggunakan van Urvan bagi memperluaskan pencarian di sekitar laluan sungai dan kawasan hutan berhampiran.

Setakat ini, operasi masih diteruskan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak JBPM Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jasad Denickles ditemui 15 kilometer dari lokasi hilang, operasi SAR ditamatkan
Next: IPD Betong mohon bantu kesan waris warga emas lelaki ditemui di Pasar MID

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.