Ramadan bermula hari ini di Arab Saudi

Facebook
WhatsApp
SEORANG pemerhati dari Arab Saudi menggunakan teleskop untuk mencari bulan sabit, bagi menandakan tarikh permulaan bulan puasa suci Islam, Ramadan, di Balai Cerap Astronomi Universiti Majmaah, kira-kira 170 kilometer ke utara Riyadh, pada 17 Februari 2026. Foto AFP

JEDDAH: Ramadan akan bermula di Arab Saudi hari ini lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut SPA, Mahkamah Diraja mengumumkan semalam  bahawa jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan hari ini sebagai hari pertama Ramadan.

Mahkamah Agung turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Putera Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud, serta kepada seluruh rakyat, penduduk dan umat Islam di seluruh dunia. 

Ia juga berdoa agar Allah SWT memberkati, menerima segala amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara itu. – Bernama