Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nelayan dibaham buaya di Sungai Buloh, operasi SAR diteruskan esok
  • Selatan
  • WILAYAH

Nelayan dibaham buaya di Sungai Buloh, operasi SAR diteruskan esok

Utusan Sarawak 15 hours ago
ANGGOTA bomba dan agensi terlibat memperluaskan radius pencarian nelayan yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Buloh.

ASAJAYA: Seorang nelayan, Mohd Faizal Abdilah, 30, masih belum dijumpai selepas dipercayai dibaham buaya ketika menjala ikan di tebing Sungai Buloh, bawah jambatan Sadong Jaya, petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba Asajaya, PBK I Abg. Othaman Abg. Sharbini, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah hari dan tiba di lokasi sekitar 1.00 petang, kira-kira 18 kilometer dari balai.

Berdasarkan maklumat saksi, mangsa dan seorang rakannya sedang menjala ikan di tebing sungai apabila Mohd Faizal dikatakan turun ke dalam air setinggi paras pinggang dan disambar buaya.

Operasi mencari mangsa menggunakan teknik pencarian permukaan air telah dijalankan dengan radius awal lapan kilometer dari lokasi kejadian.

Pada 3.00 petang, radius pencarian diperluaskan sehingga 21 kilometer ke hulu dan hilir sungai. Turut hadir di lokasi Rodiah Sapiee bagi meninjau operasi pencarian pada sekitar 6.00 petang.

Beberapa agensi turut terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung setempat.

Operasi pencarian ditangguhkan pada 6.18 petang dan dijangka disambung semula pada keesokan hari, 18 Februari, selepas perbincangan dengan agensi terlibat bagi memastikan keselamatan anggota dan keberkesanan operasi

Mangsa dilaporkan memakai baju T-shirt lengan panjang berwarna hitam dan kuning serta seluar pendek hitam ketika kejadian.

Continue Reading

Previous: Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Batu Niah diserikan semangat Tahun Kuda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.