Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kad Pokemon dilelong pada harga AS$16.49 juta catat rekod dunia
  • GLOBAL

Kad Pokemon dilelong pada harga AS$16.49 juta catat rekod dunia

Utusan Sarawak 17 hours ago
KAD Pokemon diserahkan kepada rumah lelong Goldin Auctions yang berpangkalan di New Jersey oleh Logan Paul, seorang pempengaruh media sosial Amerika Syarikat dengan jutaan pengikut. 

NEW YORK: Sekeping kad Pokemon yang jarang ditemui mencatat harga rekod AS$16.492 juta termasuk premium pembeli hari ini di New Jersey, menjadikannya kad dagangan Pocket Monster paling mahal pernah dijual dalam lelongan awam, lapor Kyodo News.

Kad Pokemon Illustrator itu, yang memaparkan watak kartun ikonik Pikachu, menerima penilaian 10 daripada pengesah kad hobi, iaitu gred tertinggi yang mungkin diberikan.

Kad itu adalah satu daripada 39 kad ilustrasi yang diberikan kepada pemenang pertandingan melukis anjuran majalah Jepun CoroCoro Comic pada 1998.

Kad berkenaan diserahkan kepada rumah lelong Goldin Auctions yang berpangkalan di New Jersey oleh Logan Paul, seorang pempengaruh media sosial Amerika Syarikat dengan jutaan pengikut.

Beliau membeli kad itu pada 2021 dengan harga AS$5.27 juta, sekali gus meraih gelaran Rekod Dunia Guinness bagi “kad Pokemon paling mahal dijual melalui jualan persendirian,” menurut laman sesawang Guinness.

Pembida berjaya yang memenangi kad Pikachu tersebut yang digantung pada seutas rantai berlian, muncul dalam sesi tontonan siaran langsung lelongan tersebut di saluran YouTube Paul untuk mengambil barangan tersebut. Bagaimanapun, pihak rumah lelong tidak mendedahkan identitinya setakat lelongan berakhir pada pagi tadi.

Sejak kebelakangan ini, pempengaruh media sosial terkenal sering berinteraksi dengan peminat dengan membuka kotak yang mengandungi pelbagai pek kad Pokemon, dengan harapan menemui kad jarang ditemui yang mungkin bernilai ratusan malah ribuan dolar.

Menjelang lelongan dalam talian yang bermula pada 5 Januari, Ken Goldin, pengasas dan pemilik rumah lelong itu, memberitahu Kyodo News yang beliau percaya nilai kad tersebut meningkat sejak 2021 dan “tidak akan terkejut” jika bidaan mencecah lebih AS$10 juta.

Menurut laman sesawang Guinness World Records, kad dagangan sebelum ini yang memegang rekod dunia ialah kad bola keranjang dengan tandatangan Michael Jordan dan Kobe Bryant yang dijual pada harga AS$12.93 juta di Heritage Auctions pada Ogos 2025.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribut kuat landa New Zealand, ganggu penerbangan ribuan terputus bekalan elektrik
Next: 6 maut dalam kejadian bas terbalik di Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.